
TARIKH PERISTIWA
1948 : Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah British di Sabah
dan Sarawak. Penubuhan cawangan pertama tersebut bagi negara ini telah dilakukan
selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah.
1950 : British membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Tanah Melayu pula bermula
dengan Cawangan Pulau Pinang.
1952 : Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan
Pahang.
1953 : Lebih banyak cawangan dibuka.
1957 : Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, cawangan-cawangan di Semenanjung telah
dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Societyyang kemudiannya
diperbadankan mengikut peruntukan Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962.
4 Julai 1963 : Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima pengiktirafan rasmi daripada International
Committee of the Red Cross (ICRC) sebagai pertubuhan nasional yang bebas.
24 Ogos 1963 : Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross Society telah diperakui sebagai ahli dalam
International League of Red Cross and Red Crescent Societies.
1965 : Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963, akta untuk menubuhkan Federation of Malaya Red
Cross Society beserta dengan cawangan-cawangannya di Sabah dan Sarawak di bawah
nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen melalui peruntukan Akta Malaysian
Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47).
21 Ogos 1975 : Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name) 1975 (Akta 162) yang telah diluluskan oleh Parlimen
mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu.
4 Sept. 1975 : Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).
25 Mac 2007 : Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan
pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
27 Jun 2007 : Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan penukaran nama
tersebut.
*Berdasarkan rekod pada 8 Mei 2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai 15 cawangan dan 148 chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli.