top of page

   OUR ACTIVITIES

11 MAC 2015

 

Program 'Jom Cari Nyamuk' telah dijalankan pada tarikh tersebut. Program ini merupakan kerjasama antara BSMM dan Nursing Students Association(NUSA) Puncak Alam bersempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2015. Program ini diadakan di Cheras.

 

28 & 29 Mac 2015

 

Emergency Response Unit Lecture Training anjuran MERCY Malaysia telah disertai oleh 9 orang ahli. Program ini memberi pendedahan dan ilmu kepada peserta berkenaan tindakan dan pengurusan sekiranya berlaku sebarang bencana. Peserta diberi peluang merasai pengalaman dengan mendirikan khemah untuk dijadikan wad pesakit semasa bencana melanda. peserta bukan sahaj terdiri daripada pelajar IPT , malah turut melibatkan pekerja profesional seperti doktor, ahli farmasi dan jururawat.

28 Mac 2015

 

Acara ini dihadiri oleh 4 orang ahli BSMM UiTM Puncak Alam. Acara ini diadakan bertujuan untuk membantu MERCY  mengadakan health screening di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur. Ahli BSMM membantu juga dalam health survey untuk orang awam.

14 Mac 2015

 

Peperiksaan pertolongan cemas asas(PCA) untuk ahli BSMM diploma sem 2. Program tersebut dikendalikan oleh ahli BSMM program ijazah UiTM Puncak Alam. Program ini bermula seawal jam 8 pagi dengan acara kawad kaki setelah selesainya pendaftaran. Sesi kawad kaki ini diuruskan oleh komander BSMM sendiri. Setelah itu, ahli-ahli diploma dibenarkan  memasuki dewan peperiksaan. Program ini selesai  pada jam 12.00 tengah hari. Kemudian, ahli-ahli beredar pulang dan bersurai.

18 Januari 2015 & 3 Februari 2015

 

Pada tarikh 18 Januari, UiTM Puncak Alam telah menghantar ahli-ahlinya untuk bertugas semasa hari Thaipusam. Pada hari tersebut, bakal petugas diberi taklimat tentang bantuan perubatan dan pertolongan cemas asas(PCA) sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan. Simulasi turut dijalankan untuk memberi pendedahan kepada para petugas berkenaan situasi yang berkemungkinan berlaku semasa hari kejadian iaitu pada 3 Februari.

 

 

17 Januari 2015

 

Post-flood Relief Team telah disertai oleh 11 orang ahli BSMM UiTM Puncak Alam. Aktiviti ini diadakan di Kg Pantai Chenor Seberang,Temerloh,Pahang. Aktiviti ini dijalankan bagi membantu untuk memulihkan kembali keadaan di kampung tersebut setelah dilanda bencana banjir yang dahsyat. Aktiviti ini adalah gabungan antara BSMM UiTM Puncak Alam dan Shah Alam, NU Sentral , Carefugees dan Small Changes.

 

13 Disember 2014

 

Annual General Meeting telah diadakan sebagai simbolik penyerahan tugas oleh mantan ahli-ahli jawatankuasa kepada ahli-ahli jawatankuasa baru. Majlis ini dihadiri oleh En Affendi dan penasihat BSMM kampus UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana, Pn Fatimah Sham.

8 Ogos 2015


Para peserta BSMM UiTM Puncak Alam (diploma) yang hadir untuk kursus Basic Life Support (BLS)
penghargaan kepada Cik Musaadah dan pengarah program, Mohd Syafiq Ghani.

1 Ogos 2015

 

Team BSMM Uitm Puncak Alam menyertai volunteer ‪#‎MercyMalaysia‬ untuk program larian amal Mercy ‪#‎MyMercyRun‬ di Padang Merbok Jln Parlimen Kuala Lumpur. Walaupun bukan sebagai medical team tapi ini satu pengalaman berguna kepada ahli bsmm uitm puncak alam terutamanya diploma Part 1. hampir semua sukarelawan ini merupakan pelajar part 1 diploma.

4-6 SEPTEMBER 2015

 

Kem Bantuan Bencana Operasi Menyelamat (BBOM) untuk pelajar diploma part 3 UiTM Puncak Alam telah diadakan di Kem Janda Baik Pahang. Seramai 8 orang AJK dan 28 peserta telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

© 2015 by BSMM UiTM Puncak Alam & Puncak Perdana. Proudly created by Wix.com

bottom of page