OUR ACTIVITIES

















undang-undang kemanusiaan antarabangsa


undang-undang kemanusiaan antarabangsa

undang-undang kemanusiaan antarabangsa

majlis berbuka puasa bersama MT & AJK BSMM

majlis berbuka puasa bersama MT & AJK BSMM





Duty during PJ Walk in 16th Sept 2015



Duty during PJ Walk in 16th Sept 2015





Backpackers' Day event at Central Market, Kuala Lumpur on 31st Oktober 2015



Backpackers' Day event at Central Market, Kuala Lumpur on 31st Oktober 2015
25 April 2015
Professional Accounting Sports Carnival (PASCAR) anjuran The Association of Professional Accounting Students (APACS) telah diadakan pada 25 April 2015. Seramai tiga orang ahli BSMM c UiTM Puncak Alam bertugas sebagai first aider pada hari kejadian. Program berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga 3.30 petang. Karnival sukan ini bertempat di UiTM Puncak Alam dan melibatkan jawatankuasa dan peserta dari UiTM Shah Alam.
Mei 2015
Pada bulan Mei 2015, seramai 5 orang komander BSMM c UiTM Puncak Alam telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge. Pelbagai acara disertai mereka termasuk aktiviti jalan lasak, berbasikal, berkayak dan kebudayaan. Program ini melibatkan semua komander yang terpilih dari seluruh UiTM.
10 Mei 2015
Sambutan Hari Palang Merah Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia telah diadakan di perkarangan stadium Shah Alam. Sambutan ini dihadiri oleh ahli-ahli BSMM serta pegawai-pegawai atasan BSMM. Program ini bermula seawal jam 8.00 sehingga 12.00 tengah hari. Demonstrasi bencana dan kawad kaki formasi turut diselitkan sepanjang program ini berlangsung.
15-17 Mei 2015
Pada 15 sehingga 17 Mai 2015, Bantuan Bencana Operasi Menyelamat (BBOM) telah diadakan di Ulu Klang, Selangor. Program melibatkan ahli jawatankuasa dan peserta dari BSMM c UiTM Shah Alam dan Puncak Alam. Seramai 30 peserta dari UiTM Shah Alam dan 50 peserta dari UiTM Puncak Alam telah menjalani program selama tiga hari dua malam ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kursus balutan, latihan bantuan bencana, kawad kaki,memasak ketika bencana dan sebagainya. Program ini melibatkan jurulatih dari cawangan Selangor yang turut sama turun padang mengajar dan menilai para peserta.
April 2015
Undang-undang Kemanusiaan Antrabangsa (UUKA)
degree telah diadakan pada April 2015. Program ini telah menjemput En Wahab dan En Yusnizam sebagai jurulatih yang bertanggungjawab memberikan penerangan mengenai UUKA ini.
4 Julai 2015
Majlis berbuka puasa telah diadakan di UiTM Puncak Alam bagi mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan MT dan AJK BSMM tidak kira pelajar diploma mahupun ijazah.
5 & 13 September 2015
Latihan detachment part 1 diploma BSMM uitm c puncak alam berjaya dilaksanakan. Program ini turut dibantu oleh jurulatih dan pelajar yang terdiri daripada AJK diploma part 3 dan komander ijazah part 3.
13 SEPTEMBER 2015
PJ Half Marathon telah diadakan di Dataran Boulevard. Para pelajar daripada program diploma part 1 dan program ijazah part 3 telah menyertai program ini yang diadakan pada hari Ahad. program ini bermula seawal jam 5 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi.